Popular Posts

Thursday, December 3, 2015




                 Inilah anak keduaku yang bernama Nuralia Binti Akmal Mahmudi Muhamad 

Fakarudin.Tanggal 11 Ogos 2004 maka lahirlah anakku ini walaupun berat badannya hanya 2.4 kg 

tetapi telah tertulis dia dilahirkan secara pembedahan. Makin hari usia pun bertambah dan kini 

umurnya sudah 11 tahun,

              Apa yang hendak aku ceritakan disini ,walaupun usianya sudah 11 tahun tetapi 

ketinggiannya tidak normal mengikut umurnya.Semenjak dia demam panas pada bulan Mei 

2015,doktor menyarankan membuat pemeriksaan ke atas fizikalnya.Aku mula berasa bimbang 

di atas apa yang doktor katakan tetapi aku sentiasa berdoa tidak ada apa-apa berlaku terhadap 

keputusan darahnya nanti.Aku amat berharap agar anakku ini sihat dan suatu hari nanti dia berhak 

dianugerahi masa depan yang cerah dan boleh berjaya di dunia dan akhirat.




        2  Disember  2015

             Hari ini saya menjemput ahli keluarga sebelah saya dan suami berkumpul di rumah ayah

mertua saya.Saya menjamu keluarga saya makan beramai-ramai sempena majlis doa

kesyukuran dan doa selamat.Walaupun penat saya berasa amat berpuas hati dan seronok kerana

telah termakbul hajat saya untuk mengajak keluarga berkumpul.

Tuesday, December 1, 2015


1 Disember 2015


       Jam  9.00 pagi saya bergegas ke sekolah untuk belajar membuat buku tunai badan kebajikan.Pada mulanya saya masih samar-samar untuk melaksanakan kerja ini tetapi saya ingin belajar kerana ia merupakan pengalaman baru yang tidak pernah saya laksanakan sebelum ini.Tanpa bimbingan dari Guru Besar saya yang banyak membantu hingga hari ini dapatlah saya mempelajarinya serba sedikit.

     Jam 3.00 petang,adalah hari yang amat bermakna buat diri saya dan rakan-rakan sejawat saya kerana kami baru menerima surat taraf berpencen. Walau bagaimanapun,saya amat berpuas hati kerana saya telah memiliki Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Perempuan Melayu Melaka dalam bidang Pengajian Melayu dan hingga kini saya dapat menyambung pengajian Ijazah Di UPM,Serdang Selangor.

    Walaupun keletihan,saya dan rakan kumpulan dapat melaksanakan satu rakaman video one shot bagi tugasan BBM3412 khas untuk  tatapan Prof Dr.Normaliza Binti Abdul Rahim.Alhamdulillah kami berjaya menerbitkan video ini.

      Harapan saya ,dapatlah saya dan rakan kumpulan markah yang terbaik kerana setakat inilah kemampuan kami.

Friday, November 27, 2015

NAMA : SUHAILA BINTI ABDUL MAJID

NO.MATRIK  :  J43165

ALAMAT BLOG ; suhailabdmajid.blogspot.com

Tuesday, November 10, 2015

     Tarikh 10 November 2015 merupakan perayaan Deepavali.Selasa malam rabu .Saya pun memulakan coretan di blog saya buat pertama kali.Hujan turun dengan lebat.Bermacam-macam dalam fikiranku.Air hujan membasahi lantai rumah akibat saluran yang tersumbat.
     Anak-anak kelihatan takut dan risau.Terdengar pula berita pokok tumbang di Kampung Parit Buah Keras.Kenderaan TNB lalu untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku.
     Kebimbangan dan ketakutan menghantui anak-anak.Esok cuti lagi.Dalam fikiran saya,masih banyak dan tugasan yang perlu dilakukan sama ada di sekolah,di rumah dan juga tugasan pembelajaran Pjj yang kini sedang dihadapi.
      Amanah dan tanggungjawab mesti dibuat,sama ada suka atau tidak mesti dilaksanakan.Inilah kehidupan sebagai hamba Allah .Esok akan menjelang.Pelbagai perkara yang perlu dibuat lagi.