Popular Posts
-
1 Disember 2015 Jam 9.00 pagi saya bergegas ke sekolah untuk belajar membuat buku tunai badan kebajikan.Pada mulanya saya masih ...
-
Inilah anak keduaku yang bernama Nuralia Binti Akmal Mahmudi Muhamad Fakarudin.Tanggal 11 Ogos 2004 maka lahi...
-
2 Disember 2015 Hari ini saya menjemput ahli keluarga sebelah saya dan suami berkumpul di rumah ayah mertua saya...
-
NAMA : SUHAILA BINTI ABDUL MAJID NO.MATRIK : J43165 ALAMAT BLOG ; suhailabdmajid.blogspot.com
-
Tarikh 10 November 2015 merupakan perayaan Deepavali.Selasa malam rabu .Saya pun memulakan coretan di blog saya buat pertama kali.Hujan...
Tuesday, December 1, 2015
1 Disember 2015
Jam 9.00 pagi saya bergegas ke sekolah untuk belajar membuat buku tunai badan kebajikan.Pada mulanya saya masih samar-samar untuk melaksanakan kerja ini tetapi saya ingin belajar kerana ia merupakan pengalaman baru yang tidak pernah saya laksanakan sebelum ini.Tanpa bimbingan dari Guru Besar saya yang banyak membantu hingga hari ini dapatlah saya mempelajarinya serba sedikit.
Jam 3.00 petang,adalah hari yang amat bermakna buat diri saya dan rakan-rakan sejawat saya kerana kami baru menerima surat taraf berpencen. Walau bagaimanapun,saya amat berpuas hati kerana saya telah memiliki Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Perempuan Melayu Melaka dalam bidang Pengajian Melayu dan hingga kini saya dapat menyambung pengajian Ijazah Di UPM,Serdang Selangor.
Walaupun keletihan,saya dan rakan kumpulan dapat melaksanakan satu rakaman video one shot bagi tugasan BBM3412 khas untuk tatapan Prof Dr.Normaliza Binti Abdul Rahim.Alhamdulillah kami berjaya menerbitkan video ini.
Harapan saya ,dapatlah saya dan rakan kumpulan markah yang terbaik kerana setakat inilah kemampuan kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alhamdulillah....dapat juga kalian surat jawatan ke taraf berpencen. Sudah lama kita bekerja inilah ganjaran yang kita harapkan sebelum kita berpencen....Boleh pulak tu menyiapkan tugasan teknologi bersama-sama rakan seperjuangan.....yang penting kita boleh....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete